Search This Blog

Showing posts with label tips belajar. Show all posts
Showing posts with label tips belajar. Show all posts

Monday, December 7, 2009

Islam is The Way of Life: Tips Belajar

Aku bukanlah pelajar yg pandai sgt. Alhamdulillah, Allah mudahkan utk aku belajar sehingga UPSRku 5A, PMRku 8A 1B, SPMku 10A1 2A2 1B3, beberapa kali dpt Anugerah Presiden di ipt dgn CGPA 3.96. Jauh sekali aku mau berbangga dgn kejayaanku. Malah sebenarnya aku berat hati utk mencatatkan hasil yg aku dpt selama aku belajar krn aku tau semua ilmu tu x bermakna klau x diamalkan. Aku bagitau pun sbb nk buktikan bahawa tips belajar yg aku bagi ni insyaAllah berkesan. Dulu byk teman2ku yg bertanya apa tips belajarku tapi aku sering terdiam. Bukan krn kedekut, tapi aku ragu2 mana jawaban yg mereka nk. Adakah aku perlu jwb: "aku mmg pandai"? atau "belajar byk2"? atau "dh memang nasib aku"? Yang aku tau, aku bukanlah seorang yg pandai sbb klau aku x belajar, mmg x dpt jwb soalan exam. Malah kwn2 aku lebih pandai dari aku. Mrk lebih pandai berkomunikasi, lebih pandai analisis, lebih pandai dlm menguasai bahasa, lebih pandai berpenampilan, lebih layak jadi ketua, lebih pandai dlm segala2nya.. pendek kata, org x akan kenal aku klau xda pengumuman markah ujian. dulu kwn2 Indonesia kat medical faculty x sedar pun aku wujud sampailah keluar result yg aku antara top 5 yg lulus semua subjek sem 2. sebabnya bila kena panggil ke depan utk bagi pendapat atau jawaban, aku mmg nampak blur + mcm org bodoh. Aku cuma pelajar biasa yg cuma mengamalkan moto Islam is My Way of Life. Aku x ada keberanian nk kata aku mgkn lulus exam sbb amalkan moto tu. So at least, kt blogspot ni aku bleh sampaikn benda yg dh lama bersarang dlm hati aku nih. Aku bosan org dok kata aku lulus sbb aku pandai. Aku nk semua tau, apa yg kita belajar kt dunia ni hanyalah secebis dari ilmu Allah yg sangat luas. So, itu tips pertama aku. Kita harus sedar tujuan kita belajar bukan utk mendapatkan nilai yg bagus. Benda tu dtg seiring dgn usaha kita. Niat mesti betul. Ilmu takkan masuk ke hati yg kotor, yg penuh dgn perasaan dengki. Open ur mind setiap kali nk baca apa2. InsyaAllah pelajaran senang nk faham. Clearkan pikiran dari benda2 lain. My mom pernah kata, org yg dh couple mmg susah nk belajar sbb pikiran asyik2 kt sang kekasih hati. Aku suka belajar dlm keadaan boleh fokus 100% dgn benda yg aku baca. So semua yg aku baca, insyaAllah melekat kt otak. Aku biasanya dh tau time bila my focus is 100%. Biasanya kalau bgn pagi after solat Subuh, time semangat tgh berkobar2 nk learn sumthing new, dan nk dkt exam. Selain itu, aku suka baca kuat2 dan menyendiri bila nk study utk dptkn 100% focus. klau aku masih x faham, aku suka tanya kt kwn2. Takpun aku cari bhn bacaan lain yg senang nk paham. Baca byk kali benda yg sama tapi dari sumber yg lain2 mmg membantu. Yg penting lagi, hormat guru yg mengajar kita. From my experience, aku susah nk score klau aku x suka guru tu. Jgn sekali2 kata benci subjek tu la, subjek ni susah la sbb bila u all dh kata mcm tu, u all seolah2 dh meletakkan tembok batu yg besar antara korg dan ilmu tu. pikirkan "i can do it", "benda tu kacang je, cuma perlu someway utk faham" and insyaAllah u akan terkejut how easy the subject is. Aku pernah fail subject biostatistic waktu midsem exam. Time tu aku mmg kurang suka sket kt lecturer tu sbb dia dh malukan aku dpn kelas, plus subjek tu mmg susah sket aku nk paham. Tapi Alhamdulillah, final exam lulus dan dpt A plak. How? utk hilangkan rasa x suka dgn lecturer tu, aku belajar memaafkan apa yg dia dh buat kat aku, aku selalu jumpa dia kt luar kelas utk bertanya apa yg tak faham, n lama2 aku dapati lecturer tu sebenarnya baik. dia cuma manusia biasa yg perangai dia kdg2 menyakitkan hati org lain (bukan aku sorg je x suka dia).
Tips kedua: jaga hubungan korg dgn Allah dan hamba2-Nya yg lain. satu sbb kita perlu jaga hati kita supaya bersih utk belajar (xda pikir masalah psl org lain). satu lagi, apa guna korg belajar tinggi2 tapi org lain benci kat kita. x berkat hidup.. apalagi hubungan dgn mak bapak. lagi la kena jaga sbb redha Allah bersama redha mak bapak kita. hormati dan sayangi mrk. larangan mrk pasti ada sebabnya. buat apa nk membantah selagi benda tu x melanggar akidah. kalau x puas hati jugak, try ckp kt diorg dgn cara baik. hembus2 sket dgn ayat Toha 1-5 semoga hati diorg lembut nk dgr pendapat kita. nnti korg dh ada anak sendiri tau la korg mcm mana perasaan mak bapak kita dilayan dgn kasar oleh kita. aku bernasib baik diberi pengalaman menjaga adik2 yg seramai 4 org. tau jugak la rasanya bila org xnk dgr ckp. so aku berusaha berlembut dgn mak bapak aku (aku dulu jenis degil juga). skrg mrk byk bagi kebebasan dan kepercayaan pd aku sampai adik2 kata mak bapak aku pilih kasih. plez la.. diorg dulu lagi dimanjakan dari aku. Kalau dari segi jaga hubungan korg dgn Allah, yg penting kt sini adalah solat. kalau rajin mengaji dan baca zikir pagi2/ ptg merupakan bonus utk korg. mmg terasa hati sgt tenang sampai pelajaran pun senang nk masuk. apalagi yg menghafal Al-Quran. lagi la senang nk ingat pelajaran.
Tips ketiga: jaga pemakanan korg. Gizi mesti seimbang sbb otak pun perlu tenaga utk belajar. byk mkn protein dan buah, variasikan setiap hari. kurangkan mkn junk food, mee segera, asam. elakkan mkn semut, kepala ikan, hati atau pedal ayam, usus lembu. lepas tu, makan mesti teratur. amalkan sunah nabi, seperti makan madu, makan teratur iaitu mkn sblm lapar berhenti sblm kenyang (mkn secukupnya je). sbb klau korg mkn bila dh lapar, gerenti akan mkn byk sbb rasa lapar tu lambat hilang. yelah, perut kita pun perlu ambil masa utk proses mknn yg kita mkn jadi sumber tenaga. kalau boleh, mlm x yah makan byk. cukup alas perut je sbb bila kita tidur, mknn yg berlebih tu jadi lemak (ni tips nk kekal kurus dh). lepas tu, kalau mkn byk, mata cepat mengantuk n dh x sempat nk study (kalau gitu bila nk study nyer?).
Tips keempat: jgn push otak over limit! amalkan berehat bila fokus dh hilang. solat dulu ke kalau dh masuk waktu, sembang dgn kwn2 jap utk mengeratkan silaturrahim, ataupun on tv jap tgk berita or cerita yg lain. tapi jgn terover rehat lak. pastikan u all bleh kuasai nafsu sendiri (nafsu malas n nk enjoy) dan pikirkan benda tu takkan menjamin masa dpn korg kalau dilayan. kalau ptg2 time dh asar, xyah study la. susah nak masuk punya. so korg isi dgn olahraga dan bermain utk sihatkan badan. kalau penat, tidur awal waktu mlm, bgn pagi2 buta utk belajar. klau dh terdesak nk study ptg (cthnya besok ada exam), bleh je. tapi jgn berat sgt. korg just try jawab cth2 soalan, buat nota ringkas ke, ataupun just belek2 apa yg perlu dibaca. x lama pun, lepas maghrib dh bleh start study serius. kalau mata ngantuk time study, tido jap. tapi klau last minute study mesti takut nk tido. sbb tu xleh study last minute. apa guna korg berjaga utk study mcm nk giler, tapi bila nk jwb soalan exam jadi blur sbb penat study. at least tido antara jam 10 malam hingga 2 pagi sbb time ni merupakan waktu tubuh berehat optimal. insyaAllah, walaupun korg tido sejam dlm waktu tu, tapi tetap rasa segar sbb tubuh dh dpt rehat yg optimal. lepas tu jgn lupa ganti tido (kesian kt otak, but jgn over ganti plak). habis exam, treat urself dgn melakukan sesuatu yg korg suka seperti jln2, main dgn kwn2, tgk movie etc. selagi x melanggar batas syariah. so sapa kata org yg pandai ni sibuk belajar je n xda life? belajar2 pun kena ada time relax.
Tips kelima: kalau korg tetap susah nk lulus exam, cuba pikirkan apa penyebabnya. dari hati yg x bersih (ada problem dgn org lain), korg mmg suka study last minute, sehinggalah cara korg study yg mgkn x betul. setiap subjek ada cara approch yg unik. cthnya math yg perlu byk latihan dari hafal teori, sejarah yg korg kena ingat setiap peristiwa yg berlaku dan menggambarkannya spt sebuah cerita di movie, kimia yg korg kena hafal nama bhn kimia, rumus dll. (so perlu cari cara utk ingat spt buat dlm btk diagram or apa2 je yg senang nk faham). yg penting korg x boleh putus asa dan anggap korg bodoh. xda org yg bodoh selagi dia mau belajar. org yg bodoh adalah org yg mengulang kesalahan yg sama (spt korg dh tau jln tu jln mati tapi tetap ikut jln tu). so kalau korg dh tau jawaban tu salah, cari jawaban yg betul. learn from mistakes- moto ni juga akan buat korg berani mencuba (bkn benda2 yg x baik seperti dadah or rokok), sehingga korg x takut salah atau malu (cthnya jawab soalan cikgu atau bagi pendapat dlm group discussion).
Biasanya kalau aku x dpt score suatu subjek, aku akan pikir ada hikmah di sebaliknya (walaupun mmg aku sedih). mgkn aku perlu belajar lagi sbb aku x kuasai subjek tu. mgkn aku gagal supaya aku makin dkt dgn Allah sbb bila kita sedih, baru nk ingat kt tuhan. yg pentingnya, cintai ilmu krn ilmu akan menaikkan derajat kita. tanpa ilmu, kita akan ketinggalan. malah dlm Islam sgt menggalakkan supaya umat2nya berilmu dan beramal. sbb itu waktu zaman dulu byk org2 islam yg berjaya menerobos pelbagai bidang ilmu dan memulakan zaman kegemilangan Islam. sayang sekali bila berlaku perang salib, org Kristian mencuri khazanah ilmu kita dan mengatakan itu berasal dari mrk. Ibnu Sina dikatakan Avicenna. aku sgt berharap semoga zaman kegemilangan Islam itu terulang kembali. sayang betul org2 Islam zaman skrg malas berusaha. negara2 barat terus maju dan menindas negara ketiga yg kebanyakannya negara Islam. sbb tu aku skrg ambil medical walapun aku kt sekolah dulu ambik pelajaran agama seperti fikah, tauhid, dan tafsir Al-Quran. aku xnk org Islam membataskan kemampuan mrk. Aku nk org Islam yg betul2 mengamalkan Islam yg jadi jurutera, arkitek, doktor, peguam, businessman, menteri etc. Tak semestinya kalau belajar kt sekolah agama jadi ustaz, imam, pendakwah. plez jgn amalkan sekularisme-memisahkan agama dari dunia. Kalau dh jadi doktor pun, aku dh niat utk tetap mendalami ilmu agama supaya seimbang dunia dan akhirat. kalau x ada ilmu agama, mcm mana nk hidup dlm Islam. jgn bagi alasan tak tau so tak solat, tak mengaji Al-Quran. belajarla.. jgn bataskan diri.. Sekian dari aku. Akan dtg aku akan bercerita plak bagaimana mempelajari ilmu kedokteran ini membuatkan aku bertambah cinta pada Allah.

Kata Hikmah #3: Sesungguhnya mencapai puncak itu sulit, tapi bertahan tetap di puncak itu lebih sulit. (Ibnul Jauzi)