Search This Blog

Friday, December 4, 2009

Pengenalan

Assalamualaikum wbkt.. Semoga redha dan rahmat Allah selalu bersama kita..
Terima kasih sudi membaca coretan di blogspot ini. Cuma nk bercerita sedikit history diwujudkan blogspot ni. Asalnya hendak mencari tempat untuk meluahkan isi hati. Masa tu tgh sedih kerana terasa keseorangan di negara orang. Takde teman sehati sejiwa yang boleh diajak berjalan kemana2 (aku memang suka berjalan. apalagi time tu nk release tensen lpas ujian). Rindu pada persahabatan yang pernah dimiliki waktu belajar kt Malaysia dulu. Kat sini, teman2 seMalaysia tak ramai (x sampai 30 org pun) sbb U ni belum diiktiraf di Malaysia. kawan2 Indonesia pula susah nk masuk dgn org Malaysia-mungkin halangan dari segi bahasa, fahaman, ataupun sbb kami tinggal dgn bdk2 Malaysia je. Kekasih pun xda. Mungkin sbb aku ni x best nk dibuat girlfren. Hehe.. X kisahla.. dlm Islam pun x digalakkan bercouple.
Sedih bersendirian di bilik, aku online thru hp mencari mana2 blogspot atau ruang forum yg boleh jadi tempatku mengadu. Jumpa satu blogspot yg penulisnya menggalakkan org ramai terutamanya remaja utk buat blogspot sendiri sebagai media meluahkan segala ilmu dan pendapat. Thanks for the inspiration. Aku pun buat la satu blogspot dgn title "My Diary". Plan nk buat tempat utk meluahkan segala masalah, biar terasa ringan sket beban yg ditanggung. Then, aku layari lagi beberapa blogspot sbg sampel nk buat blogspot presentation camner. Tgk byk blogspot yg bermanfaat, terasa malu plak sbb blogspot aku nanti xde sumbangan dan faedahnya untuk masyarakat. Apalagi aku terjumpa satu kata2 yg sekaligus membuatkan aku insaf (cuba cari balik kata2 tu dh x jumpa). Kata2 tu kalau x salah aku adalah hadis/ dari imam mana ntah. Isinya menyebut bahwa ada 3 perangai anak Adam yg mengurangkan ...(sumthing). salah satunya adalah mengeluhkan masalah yang dihadapinya. nantila akan aku muatkan kata2 tu klau dh jumpa. Yg pentingnya, kata2 tu buat aku tersedar bahawa sikap sering mengeluh tu tidak disukai oleh Allah. Apalagi masalah aku cuma kecil jika dibandingkan dengan rezeki dan rahmat yg byk Allah berikan padaku selama aku hidup di dunia ni. malah ada org lain yang masalahnya lebih berat dari aku tapi tetap tersenyum menghadapinya. ada yg buta tapi x pernah mengeluh tidak dapat melihat indahnya dunia, ada yg miskin tapi tidak pernah mengeluh susahnya hidup. bayangkan klau kita nk mengadu kt org lain buruknya perangai si kawan melayani kita, hati memang lega dpt mengadu, tapi amal kita dh kurang dan kita dh bagi pahala free kat si kawan tu. sebaik2 tempat mengadu hanya Allah, Pendengar yg setia. biar hanya Allah yg tahu apa yg kita hadapi. Pasti suatu hari nanti dia akan membantu kita menghadapi segalanya. buat apa release tension dgn hisap dadah, hisap rokok, bergaduh sana sini, karaoke, ambil pil penenang, malah ada yg nk bunuh diri, sedangkan kita sebenarnya ada tempat mengadu yang terbaik. dekatkanlah diri kita pada Allah. semua masalah tu cuma bersifat keduniaan sedangkan hidup kita kt dunia ni sementara je. buat apa pening2 pikir masalah dunia tu. dunia ni cuma tempat kita mengumpul bekal buat hari esok. jalani semuanya dengan tabah. pasti Allah ada rencana yg terbaik buat kita.
Oleh kerana itu, aku namakan blogspotku sebagai "Hanya aku". Aku hanyalah seorang hamba Allah yg berharap apa yg aku tulis ini membantuku menginsafi diri dan dapat memberi inspirasi pada yg lain. Biarlah aku isi setiap detik dari hidupku ini dengan memberi sesuatu yg bermanfaat kepada yang lain. Kalau kat luar, pasti org akan memandang 'sinis' padaku kerana aku cuma insan biasa. aku x suka bila org kata aku alim. apa yg aku lakukan hanyalah menasihati org, menyampaikan apa yg kutahu, tapi aku sendiri belum cukup baik. aku pernah dimusuhi kerana menegur org yg tidak solat. pdhal aku cuma tidak mahu menanggung dosa kerana tidak menegur sahabatku sendiri. mungkin cara tegurku salah. aku mungkin kurang pandai dalam bab2 berkomunikasi. mungkin aku hanya boleh menegur orang melalui tulisan. maka mewujudkan blogspot ini mungkin merupakan satu langkah yg terbaik.
Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum.. selamat dtg ke blogspot yg berusaha untuk menyampaikan satu dua kata agar dpt mewujudkan Islam yang harmoni, menghayati indahnya Islam, dan memperbetulkan diri agar lebih dekat dengan-Nya.

Kata hikmah #1: "Sebaik2 manusia adalah org yg paling bermanfaat bagi org lain" -diriwayatkan Ath-Thabrani dari Jabir r.a.

No comments:

Post a Comment