Search This Blog

Showing posts with label mensyukuri. Show all posts
Showing posts with label mensyukuri. Show all posts

Friday, December 4, 2009

Mensyukuri Nikmat yg Ada

Mensyukuri nikmat bkn saja dgn tidak mengeluh apa yang kita ada, tapi juga dengan mencukupkan hak2 Allah. Hak Allah sebagai Rabb yang perlu kita taati, takuti dan cintai. Aku pernah terbaca suatu kata2, kalau x salah aku dari Imam Syafie atau Imam mana ntah. bunyinya lebih kurang camni: Kamu boleh je x solat atau tidak mentaati perintah Allah, dengan syarat kamu tidak berjalan di bumi Allah, tidak makan rezeki dari Allah, tidak menghirup udara yg merupakan milik Allah. padahal semua tu tak mungkin. kita hidup semuanya atas rahmat dan kasih sayang Allah. semuanya milik Allah yang dipinjamkan kepada kita. Mata yg boleh melihat, bila2 masa saja boleh diambil oleh Allah kerana itu hak-Nya. Tiba2 saja kita boleh sakit sehingga nikmat sedapnya makanan sudah tidak terasa lagi. Lantas, apa yg kita lakukan untuk mensyukuri nikmat Allah ini? adakah kita dengan bangganya meninggalkan solat, memperagakan aurat kita di sana sini, mengabaikan perintah2 Allah yang lain sebagai suatu bentuk kesyukuran kita? Solat, suatu ibadah yg wajib utk semua yg mengaku agamanya Islam, cuma 5 minit lima kali sehari, amal yg pertama sekali ditimbang di akhirat, pun terasa berat dilakukan apalagi ibadah2 sunat yang lain. kita lebih suka mengisi masa kita dgn tidur, berhibur, tgk wayang, lepak dgn kwn2 daripada meluangkan sedikit masa kita utk Allah sbg tanda kesyukuran kita. Cuba korg pikirkan, kepuasan dan kegembiraan yg kita rasakan di saat kita dpt berseronok dgn kwn2 kita, di saat kita dpt menyanyi sepuas2nya di tempat2 karaoke, di saat kita bermain di taman tema , semuanya hanya bersifat sementara. hati dan nafsu pasti meminta lebih. terasa kita belum cukup happy lagi. kita nk happy tu berkekalan utk selama2nya. cuba pula korg bandingkan satu hari di mana korg solat di awal waktu, solat sunat rawatib lagi, mengaji Al-Quran, berbuat baik dgn org lain, kepuasannya sgt tidak tergambarkan. sbb itu wujud kata2 "manisnya iman". Kemanisan iman yg tidak semua org dpt rasakan. tenangnya hati saat itu sehingga semua masalah yg ada terasa kecil kerana kita tau Allah sentiasa di sisi kita. x salah kalau kita nk bergembira dan release tension dgn berhibur, tapi jgn sampai melebihi batas2 yg ditetapkan oleh agama kita, jgn sampai kita lupa adanya Allah yg sentiasa memerhati kita. Agama lain memandang agama kita sebagai agama yg byk membatasi umatnya. sedangkan kita yg menjalaninya tau bahawa setiap batas2 itu ada hikmah dan kebaikan di sebaliknya. kita tau jika tidak ada batas2 itu, nafsu kita akan bermaharajalela, kita x ada bezanya hidup seperti binatang. ajaran agama kita membimbing kita menjadi insan yg sempurna dunia akhirat. membantu kita menghadapi pelbagai masalah di dunia, membuatkan kita tahu tujuan hidup kita di dunia ini. aku kdg2 kesian dgn mereka yg masih tercari2 identiti dan tujuan hidup mereka di dunia ini. kalau saja mereka mendalami Islam, pasti persoalan itu tidak akan timbul. aku lebih kesian dgn mereka yg sibuk mengumpul kekayaan dunia, yg menyangka harta itu adalah sumber kebahagiaan. malah ada yg beralasan, kalau kita tidak kaya, macam mn nk bersedekah. rezeki Allah ada di mana2. jika Allah bagi lebih, bersedekah je la. jika kurang, cukupla rasa syukur krn Allah masih memberi kita nikmat kesihatan, nikmat melihat, nikmat berbicara, nikmat beragama Islam, dan nikmat2 lain yg tidak dpt kita hitung. berapa sgt la nilai ibadah kita dibandingkan dengan rezeki dan nikmat yg Allah beri kpd kita selama kita masih bernafas di dunia ini. aku pernah terbaca satu kisah (daripada junjungan Nabi kita, insyaAllah) tentang seorg hamba Allah yg beribadah selama 40 thn, lengkap dgn solat malam, solat sunat, mengaji dan sebagainya. bila di akhirat Allah memasukkannya ke dalam syurga dgn rahmat-Nya. dia bertanya, kenapa aku tidak dimasukkan ke syurga-Mu krn amalku? lalu amalnya dihitung dan dibandingkan dgn nikmat yg Allah berikan kepadanya selama dia beribadah 40 thn dan ternyata amal hamba tersebut sgt kurang dan hasilnya dimasukkan ke neraka. hamba tersebut menarik balik kata2nya dan dia pun dimasukkan ke dalam syurga semula.
cerita tersebut menunjukkan bahawa Allah dgn Rahim-Nya tidak meminta lebih sebagai tanda kesyukuran kita. cukupla kita mengamalkan segala suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. sedangkan ibadah2 sunat itu utk mendekatkan lagi diri kita pada-Nya. Sekian, buat kali ini. Semoga kita masih diberi kesempatan utk mengumpul bekal kita buat hari esok. Aminn..

Kata hikmah #2: "Aku tinggalkan utk kalian dua perkara. Kalian tidak akan sesat selama berpegang dengannya, yaitu Kitabullah (Al-Quran) dan sunnah Rasulullah S.A.W. (Hadis) - HR Muslim.